11 Jun 2013
kehilangan.
assalamualaikum.
entry kali ni nak cerita tentang kehilangan. aku kehilangan ayah. ayah dah tiada. ayah dah kembali pada sang pencipta.
ayah aku ada penyakit kencing manis,darah tinggi, and dia kena strok dah 3 kali. kali ke 3 dia cuma sakit, 2 minggu je. lepas tu dia pulang kepada sang pencipta yang lagi berkuasa terhadap segala sesuatu baik yang ada dilangit mahupun dibumi.
7 jun 2013. 8.45 am. dia menghembuskan nafas yang terakhir. sebelum dia meninggal, 2 kali dia kena tahan kat wad, di hospital mersing. kali pertama 4 hari, aku dengan mak yang jaga sepanjang tu. lepas tu doktor bagi bawak balik. 5 hari kat rumah. tapi 2 hari yang sebelum dia masuk wad balik bak demam. aku panggil bapak aku, bak. bak demam. dia tak larat nak bukak mata. dia asyik tidur je. lepas tu panggil doktor datang rumah, malam tu jugak, aku tengah keluar makan dengan kawan2., mak call suruh balik. bak nak kena hantar mersing. bila balik ambulans dah ada kat rumah. aku jaga dia lagi sekali dekat wad . kali ni 3 hari je., keluar hospital hari rabu petang, hari khamis tu lepas zohor., bak dah lain. nafas dah tak teratur., dia nazak.
sepanjang hari khamis tu memang bacaan yasin selalu ada kat sisi dia. mak tak pernah jauh, mak selalu ajar bak mengucap. sedihnya. aku tak mampu nak ajar dia mengucap sebab aku menangis, sedih sangat. aku taknak dia pergi, hurmm.. tapi waktu saat saat akhir, aku ajar dia mengucap. aku tengah baca yasin kat tepi bak, bak hembuskan nafas terakhir.
muka dia tenang sangat. kain kafan dia, suci je. tak ada bekas darah, tak ada kotoran. wangi je. sesungguhnya aku redha dengan takdirmMU, doa dariku kan selalu mengiringi jalanmu. jumpa kakak kat syurga bak. kita jumpa kat sana. tunggu kakak ye bak. bak pergi waktu umur dia 58 tahun. ALLAH lagi sayangkan dia. kita juga pasti kesana.
semoga aku tabah dengan semua suratan ilahi. aminnn. semoga rohnya dicucuri rahmat.
http://www.youtube.com/watch?v=65eAr6amMWw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment