16 Jun 2013

SELAMAT HARI BAPA.

 selamat hari bapa untuk semua insan yang bergelar bapa. semoga terus tabah dan kuat menjalani hari mendatang.  waktu hari bapa 16 jun 2013., ayah aku baru 10 hari kembali ke rahmatullah. 10 hari tanpa panggilan bak, aku rindu nak panggil "bak , jom makan" "bak, kita minum susu guna tube ye." (time arwah dah sakit )., "bak kita salin pampers ye, lepastu kita makan ubat" dah tak ada ni semua. rinduuu. 

kalau waktu hari ibu, aku dapat belikan untuk mak kek dengan duit hasil kerja aku sendiri, tapi bila sampai hari bapa, aku tak sempat belikan hadiah guna duit yang aku cari, aku tak sempat bagi bak rasa duit dari hasil titik peluh aku. :( . sedih sangat, sayu je rasa hati ni.. aku cuba untuk tidak menangis bila aku teringatkan dia, tapi aku tak mampu sebab dia yang iqamatkan aku, dia selalu ada dengan aku, dia yang bagi pendidikan, belanja kat aku, dia tempat aku bermanja. dia hero aku. MY DADDY MY HERO. 

bila orang tanya, aku dah tak sedih ke? tipu lah kan kalau aku tak sedih. aku rasa kosong. yang pergi meninggalkan aku tu bukan ex couple., tp seorang ayah yang tiada ganti.so, mestilah aku sedih tapi taknak nangis. hanya al fatehah, doa yang akan ku kirimkan. dan doaku janganlah aku lalai di setiap hariku hingga lupa untuk sedekah alfatehah kepada arwah ayah.
kenangan bersamamu kan selalu di ingatan. 

waktu aku trial SPM, keputusan aku ok. aku boleh masuk group elit, cuma 50 orang di ranking teratas dapat join group ni. bila balik sekolah, aku cerita kat mak n bak. aku dapat hadiah. arwah ayah belikan aku seutas jam tangan jenama RADO., harga dia RM250.00. jam ni warna hitam. aku guna 3 tahun bateri dia masih tahan lagi dan aku sangat sayang jam ni. dan jam ni yang selalu mengingatkan aku dekat arwah. waktu result SPM keluar, aku bagitahu parents aku. mak suka sangat, tp arwah ayah macam orang tak ada perasaan waktu ni. dia buat tak tahu je., 
    
       aku : bak, kakak dapat 6A SPM ni.
       bak : ( dia tak cakap apa apa, cuma muka tak tahu je yang dia tayangkan time ni.) aku ingat lagi. hihihi

esoknya bak bagi aku hadiah beg, warna pink. cantik. dia kraf tangan sebenarnya, sebab dia guna benda macam buluh., arwah cakap, nanti kakak bawak beg ni pergi belajar kat Universiti. beg ni pun masih baik lagi. kenangan.

hanya sekalung al fatehah untuk mu bak. doaku kan selalu mengiringi jalanmu. 

yang merinduimu, 
KAKAK


No comments:

Post a Comment