12 Jul 2013

tak tahu nak cakap apa. baca sajalah.

assalamualaikum. selamat berpuasa. harini hari yang ketiga ramadhan. kali pertama berpuasa tanpa seorang insan bernama ayah. apa pun, semoga ramadhan kali ini bermakna dan dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

11 julai 2013. semalam tarikh ni keputusan UPU keluar. pukul 12.00 pm  dah boleh semak. takutnya hanya Tuhan yang tahu. aku bukak laman web upu.mohe.gov.my tapi punyalah lambat. loading sungguh. last2 aku mesej je. azie ( kawan baik ) suruh check yang dia sebab dia tengah kerja. aku buat yg dia dulu. UPU RESULT ic number send 15888.  lepastu dapat. azie dapat sambung belajar kat UPSI pendidikan awal kanak kanak. bestnya. barulah aku ada kekuatan nak check yang aku sendiri. tapi, takdirkan. tak ada rezeki, dia balas " dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya ditawarkan ke IPTA" . sedih sangat. tak tahu nak cakap apa. nak bagitahu sapa. tak tahu. last2 aku menangis. lepas tu mak tanya.

   mak : kakak kenapa?
   aku  : orang tak dapat universiti.
   mak : ada lah tu yang lain. jangan nangis. sabarlah..

tak lama tu, abang aku pulak call., dia suruh buat rayuan. sejujurnya aku memang dah putus asa. sedih sangat kan. ada orang result dia bawah aku, tapi dia dapat. waktu ni . ingat balik konsep rezeki kan. mungkin ada yang lagi baik. ada dekat lain. sedih memang sedih,tapi nak buat macam mana kan? Allah tahu perancangan yang terbaik untuk aku.

~~ Nangis laa bila sis dah tak tertanggung, tapi sis kena kuat Allah bg yg terbaik utk sis..knp sis tak dpt skrg ada sbb sis..mungkin Allah nak sis jaga mak sis..tangungjwb sis utk mereka lebih bsar drpd sis kesedihan nie..percaya sis..think positive..
Sis akn sampai ke sana juga walau mcm mana pun.. senyum k.. 

Aku yakin, apa yang berlaku, ada hikmahnya.
Kadang-kadang kita rasa rendah diri, tak setanding orang lain dan serba tidak cukup, tapi kita lupa. Allah yang control semua. Kun fayakun. Bila Allah nak sesuatu kebaikan untuk kita, tidak apa yang dapat menghalangNya.
Allah ada sesuatu untuk aku, untuk kau, untuk kita semua
There's no such thing as 'takde rezeki', yang ada cuma 'rezeki yan ditangguh'
Berbaik sangka lah dengan Allah.yakinlah.


'Ujian tu sekejap sahaja.. Bertahanlahh. Insyallah Allah akan hadiahkan pelangi indah lepas tu' Alhamdulillah. 
takdir yang menentukan.


aku ada buat rayuan. harap aku dapat. doakan ye. terima kasih pada kawan kawan yang selalu bagi semangat. 

Mungkin kita sedih kerana kita tidak berjaya tetapi sebenar nya bukan kita gagal cuma kita perlukan usaha yang lebih untuk berjaya.


all the good has been given to us , and let us also remember those who do not have much , in our dua's , our prayers .
assalamualaikum.

3 comments:

  1. mira kuat taw..jgn mudah putus asa..
    insyaAllah ada rezeki kalau kita berusaha :)
    kene semak kelayakan bila nka buat rayuan balik..tgk u mana dan kos apa yang layak..mcm tu la yang yaya buat bila nk mohon..insyaAllah dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  2. hurmm,. rasa tak best. bila jumpa kwn2 yg dpt u, rasa mcm tersisih. padahal dulu sama2 stdy malam, stay smpai ptg kat sek. hafal fakta sama2.. mungkin blum masanya lg kan. xpelah. harap rayuan ni dpt. amin.. thnks yaya n tahniah utk awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la..buktikan pada mereka awk pun boleh berjaya

      Delete