15 May 2014

tanggal 16 mei



selamat hari guru. pastinya setiap sekolah sambut hari guru. hari yang  kebanyakan pelajar bagi hadiah kat cikgu. macam aku dulu dulu. tak pernah terlepas untuk bagi hadiah kat cikgu  terutamanya cikgu kelas aku.
ada cikgu yang kita tak suka, kita benci mungkin. ada cikgu yang kita sayang, kita suka dia, sebab dia handsome, dia cantik, mungkin.

ada juga yang suka cikgu tu kalau ada subjek dia, tengah sakit pun datang sekolah sebab nak jumpa cikgu tu. haha, macam macam cerita. aku pun ada cikgu cikgu aku sendiri. cikgu yang aku suka, yang aku sayang sampai sekarang, yang bila aku nampak dia kat mana mana, pasti aku tegur.

cikgu yang aku sayang sampai sekarang,  cikgu seni merangkap guru kelas juga. waktu ni aku jadi penolong kelas, memang rapat dengan dia, cantik orangnya, orang kedah. cakap pun loghat kedah. bila dia nak marah, akan keluar loghat kedah dia yg lagi aku tak paham. hihi. aku panggil dia umi.


tu cikgu siti a.k.a umi. gambar masa dia kawen. curi kat facebook dia. ampun umi. 


ni cikgu zaima. ni guru kelas waktu tingkatan 5, merangkap cikgu sains aku. dapat A subjek dia waktu spm. haritu cikgu ni tggu husband dia kat depan kedai yg aku kerja, line clear je, aku pergi jumpa dia. hihi.. *rindu nak hantar kedatangan kat cikgu. cikgu genggam tangan sy waktu tengok result spm dulu, cikgu soh mohon maktab.


ni anak cikgu zaima, waktu aku form 4, cikgu zaima keguguran, kesian sangat. dia cakap "saya bosan duduk rumah, berehat, jd sy dtg sekolah nak ajar kamu semua, dia cakap kat depan kelas", aku ingat lagi, kadang2, bila suara dia kuat, dia akan pegang perut dia,pastu muka dia berkerut. sakit agaknya. pastu dia akan mengajar dengan suara perlahan. kelas kami sangat sayangkan cikgu zaima. we love u cikgu zaima. 
yg tinggi tu namenye kakak Aisyah Humaira yg kecik tu namenye adik Amirah Husna . 


ada sajak untuk cikgu2 saya. sajak yang best sangat, bertajuk guru oh guru, osman awang.


berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum jadi dewasa.

dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat

jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama yang mulia,
jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
sejarahnya dimulakan seorang guru biasa,
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
disebuah sekolah mewah di ibu kota,
di bangunan tua sekolah hulu terengganu,
dia adalah guru mewakili seribu buku.


semakin terpencil duduknya diceruk desa,
semakin bererti tugasnya kepada negara,
jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu ,guruku
budi yang diapungkan diulangi ilmu,
panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
menjadi kenangan ke akhir hayat.


selamat hari guru untuk semua guru guru di malaysia. jasamu dikenang. terima kasih untuk segalanya. terima kasih. 

selamat hari guru untuk guru yang mengajar saya waktu tadika, tadika pasti an-nur,cikgu ra, cikgu rogayah yg dukung sy waktu nak ikut mak balik, cikgu ayu yg selalu pujuk budak kememe ni.

  sekolah kebangsaan teluk lipat, sir amir, teacher faridah, cikgu mohamad, cikgu salmiah, cikgu maria, cikgu suri, cikgu suriani.. 

sekolah kebangsaan menengah ungku husin, cikgu zaima,umi, cikgu salima, cikgu norehan, cikgu ikram yg suka denda berdiri sebab tak dapat jawab math, sir somanathan, mr.tang. 2 org cikgu english sy yg selalu bg tunjuk ajar bila buat essay bi. cikgu rahmawati amir. cikgu sejarah saya yang datang peluk saya waktu ambik keputusan spm. ustazah wan nor aiza, cikgu jue. terima kasih sangat sangat. 

untuk guru form 6 sy, cikgu mazni, cy,  cikgu yem, cikgu nordin, cikgu fadzilah, cikgu barishah, madam azlin, cikgu baha guru kelas saya. rindu nak tulis nama pelajar 6sr2 kat dalam buku kedatangan n tanda kedatangan pelajar. 

untul lecturer di uniten muadzam shah juga. selamat hari guru.

untuk kak dayah juga, selamat hari guru kak. 

happy teacher's day. thank you so much.
semoga ALLAH memberkati kalian guruku, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik. semoga cikgu cikgu semua menghalalkan ilmu yang telah cikgu berikan. 







No comments:

Post a Comment