26 Jun 2014

berbual pendek.

hai. hehehe..

harini tak boleh cerita panjang-panjang. lagipun aku cuma berbual pendek je. sekejap je.

cerita bermula, 26 jun 2014 hari khamis. rumah abas ada buat tahlil, dia panggil orang qasidah. malam yang rumah dia ada buat tahlil ni, tempat aku kerja ada buat majlis perpisahan, ckgu norizan pindah. mula tu memang da cakap yang aku taknak datang majlis kak ijan ni sebab masalah kenderaan la, tapi kak ina paksa, lagipun ramai lah ckgu ckgu pujuk suruh datang. haha, aku pun , ok lah.

jadinya, waktu abas call tengah hari tu dah cakap yang aku kena ke mersing malam ni, dia pun oklah, lagipun dia memang xd jemput secara rasmi pun, dia cuma cakap rumah dia buat tahlil je. tu je, aku pun buat lah kek karamel pelangi, bagi kat dia sebiji. suruh dia amil petang ni, tapi pukul 4 dia call, dia cakap, dia kena ambik kak long kat johor, jadinya, dia tak boleh ambil.

aku kena hantar sendiri kek kat rumah dia dan dia dah bagitahu kat kak suri..

jeng jeng jeng.. haha.. pukul 6 aku pergi lah hntar, sampai kat rumah dia, kak suri tengah main badminton dengan angah n 2 org lagi, tak kenal siapa. aku bagi salam n masuk. ada nenek dia je. nenek dia tak pandai cakap melayu kot, kemboja boleh lah, tapi aku cakap jugak lah kat nenek dia, haha.. pastu aku keluar nak balik.

sekali, nak balik, mak dia panggil. mak dia ada kat dalam bilik.
 mak abas : "dik, makcik kat sini. naiklah"
aku : la.. kenapa mkck menyorok kat situ. aku pun naik semula n bersalam lah.
pastu, berborak lah, aku cakap lah  yang aku ada hntar kek, pastu dia nak balas dengan kuih dia, tapi aku cakap "takpelah cik, kuih tu untuk majlis, untuk orang datang tahlil jap lg" mak dia cakap, tak apa, banyak lagi tu, tapi aku tolak lah, sebab aku bg kek tu bukan nak kena balas pun. memang niat nak bagi.

mak dia ajak aku datang malam ni, tapi aku mintak maaf lah sebab tak dapat datang, cerita lah sikit kenapa tak dapat datang tu, haha. pastu bila aku cakap aku kerja pembantu tadbir kat sekolah n malam ni ada majlis,. banyak kali cakap yang aku bukan cikgu. hahaha., lawak. tergelak gelak aku dengan mak dia. sayang makcik. selamat makcik tak garang. hahaha

kalau makcik garang, saya takut. harap makcik suka kek tu, n maaf lah, sy terpaksa potong tepi kek tu sebab tak cantik. maaf lagi sekali, tak dapat datang. hikss..


No comments:

Post a Comment