14 Jun 2014

sebuah pernikahan,


Assalamualaikum.

Setiap insan diciptakan berpasang pasangan. Setiap insan ada pasangan masing-masing. Dan setiap insan yang bercinta itu, mengimpikan pernikahan di akhirnya.

Sebenarnya, pernikahan bukan akhir sebuah cinta. tapi, pernikahan tu permulaan hidup.

Rasulullah s.a.w telah bersabda, " barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami ". ( hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said).

Islam kata, kalau nak kaya kena nikah. Pernikahan itu sendiri membuka pintu rezeki. Anak anak itu rezeki. setiap sesuatu itu, ada hikmah disebaliknya.

Untuk awak, khas entry ni ditujukan untuk awak, my lovely "pakcik",  Saya mengimpikan pertunangan yang berlaku antara dua keluarga sahaja. di mana, pertunangan itu yang hadir cuma mak ayah awak, serta adik beradik awak sahaja. Atau mak ayah awak sudah memadai. Di pihak saya, cuma family saya juga sahaja, tak ada saudara mara. Saya nak pertunangan berlangsung secara senyap. 

                                                                         ATAU


Jika awak mahukan pertunangan yang seperti kebanyakan orang sekarang, saya mahu ia berlaku serentak dengan hari pernikahan kita. Maksudnya, pagi pukul 10, bertunang, lepas zohor kita bernikah. Saya cuma nak yang sebegini saja. Cuma macam ini. 


Untuk hantaran atau mas kawen, saya akan pastikan tak ada permintaan dari pihak saya. Saya tak akan letak hantaran saya 10k, 15k, atau ribu ribu yang awak ada. Cukup awak tahu seberapa yang awak mampu. Berapa yang awak bagi, saya akan terima, tapi saya mohon tolong jangan membazir. 


Awak, saya lagi pentingkan kehidupan selepas berumah tangga. Banyak lagi benda penting yang nak dibelanja, banyak lagi benda penting yang nak di bayar. Saya taknak nanti, lepas kawen awak tanggung beban hutang yang tinggi. Saya taknak awak berhutang kerana ingin menikahi saya. 



"Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunimu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu"
(Surah Al-Baqarah;187)




"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)


Biarlah majlis saya biasa biasa saja nanti, glamour tak penting, yang penting berkat. Saya bukan nak hidup dengan awak waktu awal kawen saja, tapi saya nak hidup sampai ke akhirnya dengan awak.



Perkahwinan tanpa persediaan itu ibarat masuk dewan peperiksaan tanpa sebarang ilmu dalam dada. Memang bersedia untuk gagal!

KAHWIN bukan setakat penutup cerita tetapi penUh dengan tanggungjawab. jalannya baru bermula, hanya yang tahu makna sahaja bakal mengemudi dengan jayanya. jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA. bermulalah dengan baik, moga akhirnya juga baik. kerana barakah itu baik.

No comments:

Post a Comment