30 Mar 2014

kek rainbow.



kek rainbow kali ni. bersiaran dari taman markisa endau.
berpeluh nak siapkan kek rainbow sebiji.  dengan aku sekali jadi rainbow girl. sabar jelah. ceritanya macam ni, along aku, anak dia yang sulung, anak saudara aku lah kiranya, hari jadi dia 30.3.. harini lah kan. ibu dia nak buat kek sendiri untuk hari jadi anak dia. ibu dia taknak beli. kami ni tak lah pandai sangat buat kek, tahap amatur lagi. bukan professional sangat pun.

pikir punya pikir, maka tercetuslah idea nak buat kek rainbow. ngeh ngeh ngeh.. hahaha


macam gitulah rupa rainbow nya. jenuh ni oii tunggu bakar selapis selapis. berdebar takut kek tak jadi. kan kami tak pandai. hihihi.. tp selamat jadi. kalau tak, sedeyyyyyyy..

dah siap bakar, nak kena deko plak. ni lg sekali masalah. kami tak pernah deko kek. berpeluh oiii.


tu diaaa.... dia mai dah. haha. jadilah hasilnya. itulah rupa yg dah siap deko. siap jugak akhirnya. tarik nafas lega. kat bawah ni aku bg resipi. resipi ni pun aku cari kat tempat orang jugak.

 sorry untuk eliz aliza, akak tak dapat bg kat awak, sebab kita jauh, insyaallah, nanti ada rezeki awak, bolehlah kita makan sama sama kek ni ye.

untuk mohamad haziq ikhwan bin rosmaini, semoga jadi anak yang baik untuk ibu bapa, abang yang baik untuk adik adik. belajar rajin rajin. semoga jadi orang yang berguna. selamat ulang tahun yang ke 10.




resipi kek rainbow
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapis2 aje..

untuk toping dia, banyak pilihan, boleh pilih mana yang korang rasa senang, aku bagi yang ni je ok.
2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...

ingat senang ke nak jadi baker tegar? insyaallah akan aku cuba. 
kalau nak cuba resipi tu, cubalah ye. semoga berjaya!


No comments:

Post a Comment